Kejuruteraan Awam ialah satu disiplin profesional kejuruteraan yang melibatkan kerja rekabentuk, pembinaan dan penyelenggaraan persekitaran yang terbina secara semulajadi. Kerja-kerja yang terlibat adalah seperti jambatan, jalan raya, terusan, empangan, dan bangunan. Kejuruteraan awam adalah disiplin kejuruteraan yang paling lama selepas kejuruteraan ketenteraan.
Di bawah kejuruteraan awam terdapat pecahan disiplin antaranya termasuklah:
- Kejuruteraan Persekitaran
- Kejuruteraan Geoteknik
- Kejuruteraan Struktur
- Kejuruteraan Lebuh Raya
- Kejuruteraan Sumber Air
- Kejuruteraan Pantai
- Ukur Tanah
- Kejuruteraan Pengangkutan
- Kejuruteraan Pembinaan
Kejuruteraan awam juga merangkumi semua peringkat; dalam sektor awam dari pihak berkuasa tempatan sehinggalah kerajaan persekutuan.
Dari segi profesion, individu yang mempunyai kelulusan dalam kejuruteraan awam bolehlah dipanggil Jurutera Awam. Kelulusan yang dimaksudkan termasuklah dari peringkat:
- Sijil
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah (Master)
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
Selain itu, jurutera awam dinaungi oleh sebuah badan profesional yang dipanggil Lembaga Jurutera (Board of Engineers) dan Instituisi Jurutera. Di Malaysia badan ini dipanggil Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia,BEM) dan Instituisi Jurutera Malaysia (Instituition of Engineers,IEM).